
HONG KONG: Jumlah pelawat mengunjungi Hong Kong pada Oktober seramai 3.31 juta orang, penurunan sebanyak 43.7% berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB).
Menurut agensi berita Xinhua, penurunan itu semakin ketara mulai bulan Julai susulan demonstrasi baru-baru ini.
Dalam sepuluh bulan pertama, jumlah pelawat menurun sebanyak 4.7% berbanding tahun lalu, penurunan pertama tahun ini.
Pada Oktober, pelawat dari tanah besar China yang menyumbang kira-kira 76% daripada jumlah keseluruhan, menurun sebanyak 45.9%.
Pelawat dari Amerika Syarikat dan Jepun masing-masing menyusut sebanyak 38.2% dan 44.9% berbanding tahun sebelumnya.