Pemilik Manchester City jual saham AS$500 juta kepada firma AS

Pemilik Manchester City jual saham AS$500 juta kepada firma AS

Saham lebih 10% daripada nilai keseluruhan itu dijual kepada firma ekuiti persendirian AS, Silver Lake.

Pemilik Manchester City jual 10% saham daripada nilai keseluruhan AS$4.8 bilion kepada Silver Lake.
MANCHESTER:
Pemilik juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjual AS$500 juta sahamnya kepada sebuah firma ekuiti persendirian dari Amerika Syarikat, lapor Financial Times hari ini.

Akhbar itu melaporkan Silver Lake membeli lebih 10% saham City Football Group (CFG) yang dikuasai Abu Dhabi, daripada nilai keseluruhan AS$4.8 bilion dan pengumuman rasmi dijangka dibuat seawal hari ini.

Perjanjian tersebut ditandatangani Sabtu lepas oleh Pengerusi CFG, Khaldoon Al Mubarak dan rakan kongsi pengurusan Silver Lake, Egon Durban.

Menurut laporan itu, firma yang dikuasai keluarga diraja Abu Dhabi itu berhasrat mengekalkan pemilikan majoritinya dalam CFG.

Silver Lake menyasarkan untuk memegang sahamnya kira-kira 10 tahun, tetapi ia mungkin menjualnya melalui tawaran awam permulaan atau pelabur swasta lain.

Silver Lake juga mendekati beberapa kelab bola sepak Eropah dan Inggeris lain, termasuk Chelsea.

Manchester City mencatatkan pendapatan bersejarah sebanyak £535.2 juta pada tahun kelima berturut-turut keuntungan pada 2018-19, menandakan pertumbuhan pendapatan mereka pada tahun ke-11 berturut-turut di bawah pemilikan CFG.

Mei lalu, kelab itu mencatat sejarah melengkapkan “treble” domestik Liga Inggeris apabila memenangi Piala Liga, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA, sesuatu yang tidak pernah terjadi kepada mereka sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.