
Ia adalah 4 gol yang dijaringkan dalam masa terpantas dalam sejarah kejohanan tersebut, sekaligus menjadikan Lewandowski penjaring terbanyak dengan 10 gol daripada 5 perlawanan.
Beliau bagaimanapun boleh menjadikan jumlah gol kepada 5, namun sepakan pada babak pertama dibatalkan selepas bola terkena tangan rakan sepasukan hasil penelitian video bantuan pengadil (VAR).
“Paling utama kami beraksi dengan sangat baik, bertahan dan menyerang.
“Tak kira siapa bermain, kami mengikut pelan permainan. Saya gembira seperti ketika saya tak menjaringkan gol dan kami menang,” kata Lewandowski selepas perlawanan berakhir.
Leon Goretzka dan Corentin Tolisso masing-masing turut meledak 1 gol pada minit ke-14 dan ke-89 di Belgrade, namun aksi malam itu jelas milik Lewandowski.
Keempat-empat jaringan Lewandowski diperolehi antara minit ke-53 dan ke-67.
Ketangkasannya di Belgrade mengimbau 5 jaringan dilakukannya dalam 9 minit, ketika Bayern menang 5-1 ke atas Wolfsburg dalam aksi Bundesliga pada September 2015.
Lewandowski sudah menjaringkan 27 gol dalam 20 perlawanan untuk Bayern musim ini.