Ia ugutan bunuh, Akmal rujuk nota di pusat khidmat

Ia ugutan bunuh, Akmal rujuk nota di pusat khidmat

Ketua Pemuda PKR dan ahli Parlimen Johor Bahru itu menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara itu.

Ketua Pemuda PKR dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.
KUALA LUMPUR:
Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir berkata, nota ugutan bunuh ditinggalkan di pusat khidmatnya di Johor Bahru yang disimbah cat merah awal pagi tadi.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu mengesyaki sesiapa dan saya serahkan kepada polis untuk menyiasat.

“Ugutan politik tidak patut berlaku pada masa ini.”

Nota itu ditinggalkan bersama bangkai seekor ayam di luar pusat khidmat Akmal yang turut disimbah dengan cat merah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengakui terkhilaf dalam menasihatkan PKR memecat 2 ahlinya, tidak menyangkal kandungan laporan itu.

“Parti perlu tegas dalam membanteras rasuah,” katanya merujuk pemecatan Ketua PKR Bahagian Bera, Zakaria Abdul Hamid dan ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi, susulan siasatan SPRM ke atas dakwaan rasuah terhadap mereka.

“SPRM boleh membantu memastikan semua parti politik bebas daripada rasuah.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.