
Gergasi Jerman itu kini mendahului Kumpulan B dengan 12 mata, 5 mata di depan Tottenham Hotspur yang menduduki tangga kedua.
Sekiranya berjaya melakar kemenangan di Stadium Rajko Mitic esok, Bayern akan kekal menghuni tangga teratas kumpulan itu dengan kelebihan perlawanan.
Red Star pula berada di tangga ketiga dengan 3 mata dan pasukan tercorot, Olympiacos dari Greece hanya berjaya mengutip 1 mata.
“Kami tahu suasana di stadium ini sangat istimewa dan kami teruja dengan cabaran untuk menewaskan Red Star esok.
“Mereka pasukan bagus yang mengejutkan banyak pasukan hebat di sini dan kami tahu mereka menjadi prospek berbeza berbanding sebelum ini,” kata Flick yang mengambil alih tugas pengurus sementara, selepas Niko Kovac dipecat 3 Nov lalu.
Flick bermula cemerlang menerusi 3 kemenangan berturut-turut, dengan Bayern menjaringkan 10 gol tanpa melepaskan sebarang jaringan selepas bekas pemain tengah kelab itu mengambil alih tugas daripada Kovac.
Sementara itu, Jurulatih Red Star, Vladan Milojevic berkata, pasukannya akan melakukan yang terbaik ketika menerima kunjungan pasukan gergasi Eropah itu.
“Bayern kelihatan lebih utuh sejak diambil alih jurulatih baru, mereka kelihatan lebih agresif berbanding di bawah bimbingan Kovac,” katanya.