
Skuad negara yang merupakan juara bertahan, bermula agak perlahan apabila ketinggalan 2 berbalas 5.5 pada chukka pertama, sebelum bangkit melakar kemenangan pada chukka kedua menerusi gandingan mantap Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman dan Amran Selamat.
Pengurus skuad polo negara, Mohamad Zekri Ibrahim yang dihubungi Bernama, gembira dengan kemenangan itu, namun menjangkakan cabaran sebenar ketika menentang pasukan tuan rumah, Filipina di venue sama esok, memandangkan Filipina serta Brunei membawa kuda sendiri berbanding skuad negara yang menggunakan kuda dipinjamkan.
Zekri yang juga naib presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia, bagaimanapun optimis pengalaman luas Tengku Ahmad Shazril dan Amran serta rakan sepasukan lain dapat membantu skuad negara meraih kemenangan kedua menentang Filipina nanti.
Terdahulu, Brunei menewaskan Filipina dengan keputusan 8.5 berbalas 8 dalam satu lagi aksi di venue sama.