
Keputusan awal mendapati calon pro-Beijing sekadar meraih 42 kerusi berbanding calon pro-demokrasi yang memenangi 278 kerusi, menurut The South China Morning Post.
Seramai 1,104 calon bertanding untuk merebut 452 kerusi majlis perbandaran di 18 daerah pilihan raya.
Pada sidang akhbar, pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Pilihan raya Barnabus Fung berkata, lebih 2.94 juta pengundi berdaftar mengundi pada pilihan raya kali ini, menyaksikan lebih 71% daripada 4.1 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Proses pengundian bermula 7.30 pagi waktu tempatan Ahad (2330GMT Sabtu) dan berakhir pada 10.30 malam (1430GMT) di tengah-tengah protes berterusan yang bermula sejak Jun.
Pilihan raya tempatan Hong Kong diadakan setiap empat tahun.
Calon yang dipilih bakal menjadi sebahagian anggota jawatankuasa dan mempunyai hak untuk memilih anggota Kabinet dan pemimpin kerajaan daripada calon yang disenaraikan Beijing.
Terdapat sejumlah 479 kerusi di dewan daerah, sementara 27 kerusi ditentukan secara berasingan.