Air beras boleh sihatkan rambut seperti diamalkan wanita di China

Air beras boleh sihatkan rambut seperti diamalkan wanita di China

Setelah dibilas rambut lebih lembut dan tebal daripada biasa malah akar rambut tidak berminyak.

Siapa kata air beras tiada fungsi malah hakikatnya banyak kegunaan air beras ini.

Di Asia Timur dan Asia Tenggara, wanitanya menggunakan air beras untuk banyak aktiviti kecantikan.

Air beras dikatakan penuh dengan nutrien yang kaya dalam merawat keradangan dan kekeringan bahkan menenangkan.

Air beras sesuai untuk semua jenis kulit wajah, tidak kira anda mempunyai masalah kulit kering atau berjerawat sekalipun.

Yang mudahnya adalah, air beras boleh digabungkan dengan rutin penjagaan wajah anda yang biasa.

Bukan untuk wajah sahaja, kebaikan air beras telah digunakan wanita cina dari Hewanglu, China yang menggalakkan keanjalan rambut dan pertumbuhan, erti mudahnya rawatan air beras membuatkan rambut mereka lebih sihat dan lebat.

Air beras digunakan sebagai bilas rambut.

Cara menyediakan air beras:

  • 80 ml Beras
  • 10-12 cawan Air
  1. Basuh beras sekurang-kurangnya dua kali untuk menghilangkan kekotoran.
  2. Rebus beras yang sudah dibasuh sekurangnya 25 minit sehingga butiran beras lembut (biar jadi seperti bubur, tapi masih lagi ada airnya).
  3. Biarkan ia sejuk.
  4. Setelah disejukkan, pindahkan air beras ke dalam botol air.
  5. Dalam botol, dimasukkan satu sudu teh beras untuk terus penapaian.
  6. Setelah disejukkan, simpan setiap botol di dalam peti sejuk.

Bagaimana nak bilas rambut guna air beras?

  1. Syampu dan merapi rambut anda seperti biasa.
  2. Perlahan-lahan tuang separuh air beras pada rambut anda bermula dari kulit kepala.
  3. Urut secara lembut.
  4. Tuang separuh lagi di hujung rambut anda.
  5. Biarkan selama kira-kira dua minit sebelum membasuhnya.

Adakah Ia Berkesan?

Menurut wanita yang telah mencubanya, setelah dibilas, rambut kelihatan lebih lancar, lembut dan lebih tebal daripada biasa.

Akar rambut juga tidak lagi berminyak dan bahagian hujung yang kerap split end juga kini lebih kuat dan kemas.

Walaupun dengan bilas pertama, ternyata ia memberi pengalaman yang menakjubkan.

Secara keseluruhannya, pengalaman telah membuktikan bahawa bilas air beras adalah satu-satunya masalah untuk pertumbuhan dan pernafasan rambut.

Tetapi ia mesti dilakukan secara berkala untuk mengekalkan sinar dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Jika dilakukan sebagai rutin, anda pasti boleh mendapatkan rambut sihat dan bermaya tanpa perlu berbelanja besar untuk membuat rawatan mahal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.