Mungkin senaman merangkak boleh dipraktikkan di Malaysia?

Mungkin senaman merangkak boleh dipraktikkan di Malaysia?

Senaman merangkak menjadi perhatian masyarakat China dan ia diikuti golongan muda kerana memberi kebaikan kepada tubuh badan

Memang benar, bersenam mampu mengekalkan kesihatan pada tubuh badan.

Antara senaman yang sering masyarakat lakukan, berjoging, berjalan kaki dengan pantas, yoga, zumba dan banyak lagi.

Namun menjadi perhatian netizen apabila senaman merangkak sangat popular di China!

Ia merupakan senaman gaya baru yang ditonjolkan di negara itu dan mulai mendapat tempat dengan menjelaskan ia senaman yang baik buat mereka.

Senaman itu menyaksikan pengamalnya merangkak di sekitar taman riadah dengan hanya menggunakan tangan dan kaki.

Menurut mereka, gerakan tersebut mampu melegakan sakit belakang dan leher, selain mereka berasa selesa setelah mengamalkannya untuk beberapa kali.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah ia turut menarik minat golongan muda khususnya penuntut universiti.

Menurut salah seorang di antara mereka, senaman merangkak mampu memperbaiki penglihatannya.

Bagaimanapun ada juga yang menyatakan senaman tersebut menyakitkan dan menyebabkan badan menjadi tidak selesa.

Jika difikirkan kembali senaman seperti ini memberi ketegangan seluruh badan dan ia akan melancarkan peredaran darah.

Maka sebab itu, mereka yang mempunyai sakit sendi akan beransur pulih dan bertambah baik.

Menurut laporan Dailymail, senaman ini sudah dipraktikkan sejak 2015 lagi dan ia menjadi popular sehingga waktu ini.

Ini bermakna, mungkin rakyat Malaysia boleh mula mengamalkan senaman merangkak bagi kebaikan tubuh badan anda. selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.