Harley-Davidson perkenal model baru 2020 dengan harga serendah RM62,800

Harley-Davidson perkenal model baru 2020 dengan harga serendah RM62,800

Model baru Harley-Davidson akan membuatkan anda teruja kerana harga berbaloi dan rekaannya yang 'trendy'.

Bukan sahaja cantik, malah siapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpegun dengan “keseksian” Harley-Davidson.

Jika sebelum ini dilihat rekaannya begitu mempersonakan, namun kali ini ia akan membuatkan penggemar motosikal ini lebih “panas” melihat rekaan terbaru.

Ini kerana gabungan gaya, kualiti prestasi dan teknologi khas untuk Harley Davidson khususnya Standard Electra Glide iaitu model terbaru pada 2020 dijual pada harga RM132,400 dengan warna Vivid Black (hitam).

Electra Glide Standard sesuai buat penunggang yang mahukan pengalaman kembara sebenar di lebuh raya.

Model ini dipacu trenkuasa Milwaukee-Eight V-Twin dengan deruman yang kuat.

Bagi model ini juga ia turut dibekalkan ciri kawalan jelajah elektronik dan kotak storan yang mampu memuatkan sistem audio.

“Fairing batwing” dan “visor” angin pula membantu membelah deruan angin, sekaligus memberikan pengalaman tunggangan yang lancar dan tidak meletihkan.

Harley-Davidson turut memperkenalkan barisan model lain seperti Road King, Road King Special, Street Glide Special, Road Glide Special dan Ultra Limited.

Salah satu ciri terbaru ditawarkan pada siri “touring” edisi 2020 ini adalah Sistem Penunggang Defensif Reflex (Reflex Defensive Rider Systems, RDRS) iaitu berfungsi menyesuaikan prestasi jentera dengan daya kelajuan ketika memecut dan brek.

Ini termasuk ciri kawalan “casis” terkini, kawalan brek elektronik dan teknologi “trenkuasa” terbaru.

Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia, Johan Kleinsteuber dalam satu kenyataan berkata pihaknya komited dalam memberi kepuasan dan memenuhi keinginan pelanggan melalui model terbaru Harley-davidson 2020.

“Kami komited untuk melihat motosikal Harley-Davidson berkembang di Malaysia, dan barisan model 2020 baru akan penuhi keinginan pengguna melalui tawaran jentera baru.

“Kami memanfaatkan keupayaan yang ada dengan menggabungkan daya, prestasi dan teknologi dalam produk yang direka untuk meningkatkan pengalaman tunggangan bersama tawaran harga bermula RM62,800,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.