
Penyanyi Hollywood terkenal, Halsey mendakwa Amerika Syarikat jauh ketinggalan berikutan tindakan mereka yang tidak menyenaraikan kumpulan K-pop terkemuka, BTS dalam Anugerah Grammy.
Ini kerana BTS yang berasal dari Korea mempunyai peminat yang ramai dan ia bukan sahaja dkenali di negara itu, malah seluruh dunia.
Bagaimanapun penyanyi itu menerusi laman sosial Twitternya berkata perkara itu tidak memeranjatkan kerana Anugerah Grammy tidak dibuat secara menyeluruh.
“Padam dan abaikan semua perkara negatif. BTS layak dapat pencalonan.
“Bagaimanapun saya tak terkejut apabila mereka tak diiktiraf. Amerika Syarikat jauh ketinggalan di belakang,” tulisnya.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada netizen yang kecewa dengan anugerah berprestij itu yang tidak meletakkan BTS dalam senarai.
Rata-rata peminat mereka menyatakan kekecewaan tersebut kerana penyanyi korea kegemaran mereka tidak tercalon dalam satu anugerah sekalipun.

Untuk rekod, kumpulan tersebut memecah rekod Beatles pada 2019 apabila tiga albumnya berjaya menduduki tangga pertama Billboard selama satu tahun.
Sementara itu rata-rata netizen terus memberikan kata-kata semangat kepada BTS.
“BTS tak perlukan pengiktirafan barat. Tak apa, teruskan berfikiran positif dan sentiasa beri sokongan kepada mereka, itu yang paling penting.
“Kami tahu mereka lebih bermakna daripada segala anugerah yang disenaraikan,” tulis netizen.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]