Ronaldo, Georgina Rodriguez kahwin secara senyap?

Ronaldo, Georgina Rodriguez kahwin secara senyap?

Ronaldo, Georgina bercinta sejak 2015 dan mempunyai seorang anak, Alana Martina yang berusia dua tahun awal bulan ini.

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo.

Bintang bola sepak itu sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan Georgina Rodriguez.

Bagaimanapun terdapat gosip mengatakan Ronaldo dan Rodriguez berkahwin secara rahsia namun Ronaldo segera menafikan dakwaan tersebut.

Majalah gosip Itali, Novella 2000 mendakwa pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka di Morocco awal tahun ini.

Laporan itu turut dipetik beberapa akhbar dan majalah di Portugal dan sekitar Eropah.

Novella 2000 yang berjanji untuk mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai perkara itu memetik sumber terdekat kepada pasangan tersebut sebagai berkata:”Majlis diadakan pada 29 Ogos lalu.

“Ketika itu Cristiano pergi ke Madeira bersama dengan peguamnya dan mengubah wasiatnya untuk melindungi Georgina.

“Sebelum itu asetnya dikawal ibunya, Dolores,” kata sumber memetik laporan Mirror.co.uk

Namun wakil bintang Juventus itu memberitahu TMZ Sports bahawa dirinya dan Georgina masih belum berkahwin.

Malah sumber terdekat kepada Ronaldo menyifatkan dakwaan pemain itu berkahwin secara rahsia sebagai berita palsu.

Pasangan itu bercinta sejak 2015 dan mempunyai seorang anak, Alana Martina yang berusia dua tahun awal bulan ini.

Georgina yang berdarah Sepanyol sebelah ibunya turut membantu Ronaldo membesarkan tiga lagi anak Ronaldo.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.