Jose Mourinho dilantik pengurus Tottenham

Jose Mourinho dilantik pengurus Tottenham

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengikat kontrak bersama pengendali dari Portugal itu sehingga hujung musim 2022-23.

Jose Maurinho menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat semalam. (Gambar Reuters)
LONDON:
Tottenham Hotspur menamakan Jose Mourinho sebagai pengurus baru dengan kontrak sehingga hujung musim 2022-23, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pengendali berusia 56 tahun itu yang dipecat Manchester United pada Disember tahun lepas, menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat semalam.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi pengurus kelahiran Portugal itu akan kembali ke Chelsea buat kali ke-3.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.