
Setiap lelaki mempunyai dambaan tersendiri untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal supaya dilihat segak dan tampan.
Jadi untuk itu, ramai yang mengamalkan diet dan pemakanan tertentu untuk mendapatkan “hasil” yang terbaik.
Dalam hal ini selain pemakanan, anda perlu membuat senaman yang meletakkan sasaran kepada bahagian tertentu supaya ia lebih “fit”.
1. Triceps dip
Manfaatkan kerusi di rumah anda untuk menampung berat tubuh.
Posisikan tubuh anda berlawanan dengan kerusi, kemudian lekukkan siku untuk menurunkan tubuh.
Kemudian, posisikan tangan untuk menahan pada kerusi. Lakukan gerakan naik turun tubuh sebanyak 20 kali.
2. Incline press-up

Aturkan posisi tubuh anda seakan-akan gerakan push-up, manakala hujung jari kaki dijengketkan. Lakukan gerakan naik turun sebanyak 20 kali.
3. Bicycles crunch
Gerakan ini mungkin biasa anda temui dalam setiap senaman. Caranya, angkat kedua-dua kaki seperti anda sedang mengayuh basikal, kemudian pusingkan tubuh sehingga siku kanan bertemu dengan lutut kiri. Lakukan secara berganti selama 40 saat.
4. Lateral lunge

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]