Enjin Proton X70 bukan enjin Volvo, ini fakta!

Enjin Proton X70 bukan enjin Volvo, ini fakta!

Ramai masyarakat yang terpedaya dengan maklumat daripada penjual bahawa Proton X70 mempunyai enjin yang bagus iaitu daripada Volvo.

Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dan anak syarikat milik penuh Volvo Car Group (Volvo) awal bulan ini mengumumkan penggabungan operasi enjin pembakarannya yang sedia ada untuk menubuhkan sebuah unit perniagaan utama dunia yang akan berusaha untuk membangunkan sistem pembakaran dan sistem hibrid generasi seterusnya.

Ini berita baik untuk Proton kerana Geely memiliki sebahagian daripada Proton dan dengan operasi penggabungan enjin ini, ia akan membawa teknologi enjin Volvo kepada Proton pada masa akan datang.

Pada masa ini, produk Geely yang dijual dengan lencana Proton hanya Proton X70 dan SUV ini tidak mempunyai enjin yang dibangunkan oleh Volvo.

Ia sekaligus mengesahkan bahawa Proton X70 ini bukanlah produk usahasama dengan Volvo yang dijual dalam pasaran domestik.

Sedangkan hakikatnya Proton X70 merupakan produk yang menggunakan enjin dan rekaan yang dihasilkan Geely dan rekaan dalamannya sahaja mendapat sentuhan daripada Volvo.

Rakyat Malaysia kebanyakannya keliru dengan maklumat ini kerana tidak membaca maklumat sepenuhnya yang disediakan portal kereta Malaysia sebaliknya hanya percaya dengan kata-kata penjual kereta semata-mata yang hanya “kejar” komisyen jika pelanggan bersetuju untuk membeli kereta tersebut.

Beberapa individu menyamar kononnya mereka berminat untuk membeli Proton X70 dan bertanyakan beberapa soalan kepada penjual berhubung kereta itu.

Di dalam perbualan tersebut seperti sudah dijangka, pembeli dimaklumkan Proton X70 menggunakan produk kejuruteraan Volvo yang dibuat di China untuk Geely, kemudian di eksport ke Malaysia sebagai produk Proton untuk harga yang sewajarnya.

Jadi inilah maklumat palsu yang disampaikan kepada rakyat Malaysia hingga membuatkan mereka memiilih untuk membeli Proton X70.

Bagaimanapun berdasarkan tinjauan yang dibuat awal tahun ini, Proton X70 merupakan produk terbaik di pasaran dan ia diakui oleh DSF sendiri.

Malah jurutera Geely telah menghasilkan sesuatu yang membanggakan setanding dengan produk SUV Jepun atau Korea dari aspek kualiti hiasan dalaman, pengendalian, ketahanan, casis dan dijual pada harga yang lebih kurang sama.

Namun anda perlu tahu faktanya, Proton SUV X70 tidak menggunakan enjin Volvo, begitu juga dengan “gearbox” atau sistem 4 x4.

Dan sekiranya anda ditipu oleh jurujual Proton maka anda perlu mengetengahkan perkara ini kepada pihak pengurusan supaya ia tidak berulang lagi.

Ia disifatkan sebagai iklan palsu hingga mampu memberikan reputasi tidak baik kepada jenama mahupun pelanggan itu sendiri untuk jangka masa yang panjang.

Artikel ini dikeluarkan DS&F. Sebarang maklumat lanjut, sila layari Facebook dan Instagram DS&F.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.