Menteri ketepi boikot India selepas perjanjian terbaru minyak sawit ditandatangani

Menteri ketepi boikot India selepas perjanjian terbaru minyak sawit ditandatangani

MoU terbaru untuk mengimport minyak sawit ditandatangani oleh Malaysia Bohai Commodity Exchange, Hakan Agro DMCC India dan Boce Global dari China.

Pengerusi Bohai Malaysia Khairuddin Abu Hassan berjabat tangan dengan Yang Dong Sheng daripada Boce Global sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Teresa Kok, Dr Mahathir Mohamad dan Saifuddin Abdullah di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA:
Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata, hanya sebahagian daripada pengimport minyak sawit India terlibat dalam boikot terhadap keluaran Malaysia selepas satu perjanjian ditandatangani antara syarikat Malaysia dengan dua pengurus rantaian perbekalan dari India dan China.

“India ada 1.3 bilion penduduk. Terdapat banyak syarikat dan pedagang, jadi tidak semua akan mengambil langkah sama,” kata Teresa selepas menyaksikan majlis menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) di sini yang turut dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

MoU tersebut ditandatangani oleh Malaysia Bohai Commodity Exchange, Hakan Agro DMCC India dan Boce Global dari China.

Bohai diwakili pengerusinya Khairuddin Abu Hassan.

Teresa berkata, New Delhi tidak membuat ulasan berkenaan langkah boikot itu, yang dimulakan oleh satu kumpulan peniaga bagi membantah kritikan Mahathir berhubung isu Kashmir pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Sept lepas.

“Ia hanyalah sebuah persatuan,” kata Teresa.

Beliau berkata, DMCC dan Boce dijangka mengimport antara 1 hingga 1.5 juta tan metrik minyak sawit Malaysia tahun depan.

“Selain India dan China, saya yakin Malaysia akan memperoleh pasaran baru dan alternatif untuk minyak sawit, dengan pertumbuhan disasarkan di negara Asean, Afrika dan Timur Tengah,” katanya, selain menambah bahawa kenaikan terbaru harga minyak sawit akan membantu “membuktikan pengkritik salah”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.