
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan, Adam Schiff, seorang anggota Demokrat California, mengumumkan perkara itu di Twitter.
Penasihat khas kepada Naib Presiden Mike Pence di Eropah dan Rusia, Jennifer Williams dan pakar Ukraine di Majlis Keselamatan Negara, Alexander Vindman akan memberi keterangan pada Selasa pagi.
Pada Selasa petang pula, utusan khas AS ke Ukraine, Kurt Volker dan pembantu Majlis Keselamatan Negara, Tim Morrison akan memberi keterangan.
Sementara pada Rabu pagi, giliran Duta AS ke Kesatuan Eropah, Gordon Sondland diikuti Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan, Laura Cooper bersama penolong bagi hal ehwal politik negara, David Hale pada petang hari yang sama.
Bekas pakar Rusia di Rumah Putih, Fiona Hill akan memberi keterangan pada 21 Nov.
Turut akan memberi keterangan William Taylor dari Jabatan Hal Ehwal Kedutaan AS di Ukraine dan timbalan penolong setiausaha negara bagi Hal Ehwal Eropah dan Eurasia, George Kent dan bekas Duta Besar AS, Marie Yovanovitch.
Siasatan pemecatan Trump bermula pada akhir Sept selepas memperoleh maklumat mengenai interaksi Rumah Putih dengan Ukraine, termasuk panggilan telefon antara Trump dan rakan sejawat dari Ukraine, Volodymyr Zelensky pada 25 Julai.
Trump didakwa menyalahguna kuasa dengan menggunakan pegawai tentera untuk menekan Zelensky agar menyiasat bekas Naib Presiden AS Joe Biden, pencabar utamanya dalam pilihan raya presiden 2020.
Bagaimanapun, Trump menafikan beliau telah melakukan sebarang salah laku.