Kerajaan bayar faedah hutang 1MDB hampir RM14 bilion

Kerajaan bayar faedah hutang 1MDB hampir RM14 bilion

Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah berkata setakat ini, negara hanya membayar faedah hutang 1MDB, hutang pokok berjumlah RM36 bilion, masih belum dibayar.

Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.
JAKARTA:
Kerajaan terpaksa membayar hampir RM14 bilion untuk faedah bagi hutang 1MDB sehingga tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata jumlah pembayaran faedah 1MDB itu sepatutnya dapat digunakan untuk pelbagai program bagi manafaat rakyat.

“Kita berharap tidak lagi berlaku (tindakan menyeleweng) kepada mereka yang diberikan amanah untuk mentadbir negara,” katanya pada sesi ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.

“Setakat ini, kita hanya membayar faedah hutang 1MDB, (hutang) pokoknya yang berjumlah RM36 bilion, masih belum dibayar,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata kerajaan mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.