Peninju mati semasa latihan, Australia terkejut

Peninju mati semasa latihan, Australia terkejut

Promoter Ritchie mengesahkan kematian Dwight Richie dalam tulisan Facebook.

Dwayne Ritchie bercadang untuk kembali ke gelanggang tinju bulan depan. (Gambar Instagram)
MELBOURNE:
Dunia tinju Australia terkejut hari ini selepas peninju tempatan Dwight Richie meninggal dunia semasa latihan.

Dia berusia 27 tahun.

Promoter Ritchie mengesahkan kematian dia dalam tulisan di Facebook.

“Dengan kesedihan dan kejutan besar mengumumkan bahawa koboi tinju Dwight Ritchie telah meninggal dunia hari ini, melakukan apa yang dia cintai,” tulis Jake Ellis.

“Sebagai penganjur dan rakan Dwight, tidak dapat menerima berita tragis yang baru tiba.”

Salah satu bakat tinju paling terserlah di negara ini, Ritchie melawan Tim Tszyu, anak bekas juara dunia Kostya Tszyu, pada bulan Ogos untuk gelaran “super welterweight IBF Australasian” di Sydney.

Dia kalah dengan keputusan sebulat suara tetapi kembali ke gelanggang bulan depan untuk pertarungan menengah ringan menentang Tommy Browne.

Akhbar harian Daily Telegraph Sydney melaporkan anak orang asal Australia, Ritchie, yang mencatat rekod 19 kemenangan dan dua kekalahan, pengsan semasa bercakap dengan peninju lain di Melbourne semalam dan tidak sedar diri.

Ritchie meninggalkan tiga anak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.