Hubungan antara PPBM, DAP masih baik, mesra, kata MB Johor

Hubungan antara PPBM, DAP masih baik, mesra, kata MB Johor

Kedua-dua parti dalam Pakatan Harapan (PH) fokus untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

KUKUP: Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal berkata setakat ini hubungan antara PPBM dan DAP masih baik dan mesra, dengan kedua-dua parti Pakatan Harapan (PH) itu fokus untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Setakat ini hingga ke malam tadi saya masih berkempen dengan pemimpin daripada DAP. Hubungan kami (PPBM) dengan DAP, empat-empat parti mesra.

“Hingga saat ini, pada pandangan saya hubungan mesra, baik. (Semalam) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga ada,” katanya selepas mengadakan ramah mesra bersama nelayan hari ini.

Sebelum itu, sebuah laman melaporkan Guan Eng akui wujud sedkit rasa tidak gembira dalam kalangan ahli partinya untuk berkempen.

Setiausaha agung DAP itu yakin perkara tersebut dapat ditangani secara dalaman dengan baik.

Sementara itu, Sahruddin belum maklum tentang isu pemberian kad sim percuma kepada pengundi.

“Setakat ke sekarang saya tentang sim kad belum maklum. Jadi saya tak nak komen apa-apa.

“Saya tidak dimaklumkan, macam mana nak nafikan?” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.