
Karmaine berkata Faizal sebenarnya menerangkan tidak wajar sekiranya pengundi yang mendakwa PH membuat janji palsu menilai gabungan itu yang baru memerintah setahun setengah.
Faizal didakwa bercakap mengenai usaha melindungi kepentingan Melayu melawan “puak-puak DAP” sebagaimana tular di media sosial.
“Apa berlaku Faizal merayu mereka sokong PH tetapi mereka tak nak sokong kerana dakwa PH janji palsu. Faizal jelas dalam tempoh setahun setengah, tidak wajar nilai macam itu,” katanya ketika ditemui semasa menziarahi rumah ibu bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai Dr Md Farid Md Rafik di Serkat hari ini.
Pada Jumaat, Faizal menafikan beliau bermasalah dengan DAP di Perak dan berkata kenyataannya dalam video tular itu dipetik di luar konteks.
Katanya, video itu hanya memetik sebahagian kata-katanya dan bukan keseluruhan perbualan.
Dalam pada itu, Karmaine berkata Faizal juga menjelaskan dia masih boleh menunaikan tanggungwab sebagai menteri besar Perak walaupun hanya dia seorang wakil PPBM dalam pentadbiran itu.
“Dapat jalan tugas dengan baik walaupun berseorangan dari PPBM,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Karmaine berkata pemberian sim kad percuma merupakan satu kebetulan.
“Program diadakan satu syarikat, untuk promosi sim kad ditawarkan.
“Syarikat itu kebetulan kita buat program. Mereka ada situ untuk promosi, kita tidak terlibat,” katanya.
Sebelum ini, Presiden MCA, Wee Ka Siong membidas tindakan PH memberi sim kad percuma kepada pengundi Tanjung Piai.