
Kes berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Madrid, yang menghidap denggi selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan lelakinya, yang membawa virus itu dari gigitan nyamuk ketika melakukan perjalanan ke Cuba, kata Susana Jimenez dari jabatan kesihatan awam wilayah Madrid.
Jangkitan denggi disahkan pada Sept lalu dan ia membingungkan doktor kerana dia tidak mengembara ke negara di mana penyakit itu berasal, yang menyebabkan gejala seperti selesema, demam dan sakit badan, adalah biasa, tambahnya.
“Pasangannya menunjukkan simptom yang sama dengannya, tetapi lebih ringan sekitar 10 hari lebih awal, dan dia pernah melawat Cuba dan Republik Dominican,” kata Jimenez.
“Analisis ke atas sperma mereka telah dijalankan dan ia mendedahkan bukan sahaja mereka mempunyai denggi tetapi ia adalah virus sama yang beredar di Cuba.”
Satu kes “kemungkinan” jangkitan seksual denggi antara seorang lelaki dan seorang wanita adalah subjek artikel saintifik baru-baru ini di Korea Selatan, kata Jimenez.
Dalam e-mel yang dihantar ke AFP, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ECDC) yang berpusat di Stockholm, yang memantau kesihatan dan penyakit di Eropah, berkata ini adalah “pada pengetahuan kami, jangkitan menerusi seksual pertama virus denggi di kalangan lelaki, yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki. ”
Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia, denggi disebarkan terutamanya nyamuk Aedes Aegypti, yang berkembang pesat dalam iklim tropika yang padat dan membiak di kolam air bertakung.
Paling serius dan maut, di kalangan kanak-kanak, terutamanya gadis muda walaupun saintis tidak tahu mengapa.
Denggi biasanya dihidapi oleh mereka yang mengadakan lawatan ke wilayah iklim panas seperti Asia Tenggara, Afrika, Australia, Caribbean dan Amerika Selatan dan Tengah.