Percutian bersama keluarga seharusnya menjadi satu memori yang indah namun ia boleh bertukar kepada mimpi ngeri jika berlaku sebarang kecelakaan.

Dan inilah yang berlaku di Pulau Reunion di Lautan Hindi apabila seorang pelancong Scotland yang dilaporkan hilang oleh isterinya dipercayai terbunuh di makan jerung.
Ia berikutan penemuan tangan yang terputus dan masih memakai cincin perkahwinan mereka dalam perut jerung yang ditangkap dan dibunuh ekoran ancaman bahaya kepada orang awam.
Lelaki berusia 44 tahun itu sudah berada seminggu di kepulauan bersama isterinya dilaporkan hilang pada Sabtu selepas pergi berenang sendirian.
Pada hari kejadian, mangsa dipercayai berenang di Hermitage Lagoon, di luar perairan Saint-Gilles.
“Apabila dia tidak kembali, isterinya membunyikan penggera dan carian menyeluruh dilancarkan melibatkan bot dan helikopter.
“Para penyelam membuat carian di sekeliling terumbu karang di kawasan itu dan rondaan di darat juga dibuat melibatkan anjing-anjing pengesan. Malangnya, lelaki itu tidak dapat ditemui,” menurut penyiasat memetik laporan Metro UK.
Saintis forensik kemudiannya menemui “tangan terputus” semasa melakukan bedah siasat terhadap jerung berukuran 10 kaki yang dibunuh kerana dianggap ancaman.
Ujian DNA perlu dilakukan untuk menentukannya.
Bagaimanapun, para saintis dari Pusat Keselamatan Jerung CSR telah diberitahu bahawa cincin perkahwinan yang ditemui itu “sepadan dengan yang dikenal pasti oleh isteri lelaki itu”.
Serangan jerung kerap berlaku di sekitar wilayah luar negara Perancis, kira-kira 500 batu dari Madagascar.
Berenang dan aktiviti air lain adalah larangan keras di Reunion kerana risiko serangan jerung yang tinggi.
Mei lalu, seorang peluncur berumur 28 tahun telah diserang jerung dan mayatnya kemudian ditemui terapung di pelabuhan Saint-Leu.
Ia menandakan serangan jerung ke-24 dan serangan maut ke-11 yang dilaporkan di Reunion sejak tahun 2011.
Semasa lawatan ke Reunion bulan lalu, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata kerajaannya akan melakukan segala yang mungkin untuk menangani krisis jerung.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]