Terbuka China: Soniia buat kejutan, tunduk pemain nombor 4 dunia

Terbuka China: Soniia buat kejutan, tunduk pemain nombor 4 dunia

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan pilihan kelapan, Marcus Ellis-Lauren Smith dari England; 21-18, 21-10 dalam satu lagi perlawanan peringkat pertama.

Pemain badminton perseorangan negara, Soniia Cheah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pemain badminton perseorangan negara Soniia Cheah melakukan kejutan apabila mengalahkan pemain nombor empat dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun seterusnya mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka China di Fuzhou, China.

Pemain bukan pilihan kejohanan itu mengalahkan pemain pilihan kedua itu 21-19 dan 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Haixia, semalam.

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan pilihan kelapan, Marcus Ellis-Lauren Smith dari England; 21-18, 21-10 dalam satu lagi perlawanan peringkat pertama.

Pasangan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean juga melakukan satu lagi kejutan dengan menewaskan pasangan pilihan keenam dari Indonesa Greysia Polii-Apriyani Rahayu dengan 21-19 dan 21-16.

Kejohanan Jelajah Super 750 BWF itu menawarkan hadiah keseluruhan AS$700,000 (RM2.855 juta).

Keputusan pusingan pertama:

Beregu Lelaki:
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mn Di Zi Jian-Wang Chang (CHN) 21-18, 21-12
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Attri Manu-Reddy B. Sumeeth (IND) 23-21, 21-19

Perseorangan Wanita:
Soniia Cheah mn [2] Akane Yamaguchi (JPN) 21-19, 21-16

Beregu Wanita:
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn [6] Greysia Polli-Apriyani Rahayu (INA) 21-19, 21-16

Beregu Campuran:
[6] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) 21-19, 21-19
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mn [8] Marcus Ellis-Lauren Smith (ENG) 21-18, 21-19

(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] menunjukkan pemain pilihan)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.