Rizab antarabangsa Bank Negara susut kepada AS$103.2 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara susut kepada AS$103.2 bilion

Rizab itu bagaimanapun mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertunggak dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.

KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut kepada AS$103.2 bilion menjelang 31 Okt lalu berbanding AS$103.3 bilion pada 15 Okt.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata kedudukan rizabnya adalah mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertunggak dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.

Rizab tersebut mempunyai komponen utama yang merangkumi mata wang asing sebanyak AS$96.8 bilion, kedudukan Dana Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.9 bilion), dan aset-aset lain (AS$2.3 bilion).

Aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM432.19 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.21 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.78 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM12.87 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM143.44 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.97 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM163.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.43 bilion), deposit lain (RM968.16 juta), Kertas Bank Negara (RM20.16 bilion), peruntukan SDR (RM7.68 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.35 bilion).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.