
Pada 6 petang ringgit disebut harga pada 4.1225/1255 berbanding dolar US daripada 4.1350/1380 pada Rabu.
Peniaga berkata, jurucakap Kementerian Perdagangan China hari ini berkata Beijing bersetuju dengan Washington untuk memansuhkan beberapa tarif melibatkan kedua-dua negara secara berperingkat.
“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menghapuskan beberapa tarif sedia ada demi kebaikan kedua-dua pihak,” katanya.
Menurut beliau perkembangan positif itu mendorong keyakinan pelabur dan meningkatkan sentimen pasaran, sekali gus mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat.
Laporan berita yang memetik jurucakap kementerian sebagai berkata, China dan AS semakin hampir ke tahap persetujuan perdagangan “fasa pertama” susulan rundingan konstruktif pada dua minggu lepas.
Sementara itu unit tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0382/0408 daripada 3.0434/0460 pada Rabu dan meningkat berbanding yen kepada 3.7797/7828 daripada 3.7946/7984.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3036/3095 daripada 5.3275/3331 dan bertambah berbanding euro kepada 4.5661/5706 daripada 4.5861/5899.