KPK Indonesia mahu pemimpin Golkar dipenjara 7 tahun, pulangkan wang rasuah

KPK Indonesia mahu pemimpin Golkar dipenjara 7 tahun, pulangkan wang rasuah

KPK mengesyaki Bowo Sidik Pangarso menggunakan rasuah untuk membiayai kempen pilihan raya legislatif 2019, kerana ia dilaporkan akan digunakan untuk membeli undi beberapa jam sebelum pemilihan dibuka pada hari pemilihan pada 17 April.

Bekas anggota parlimen Golkar, Bowo Sidik Pangarso mendengar keterangan saksi di mahkamah pada 21 Ogos 2019.(Gambar Jakarta Pos)
JAKARTA:
Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) memohon hukuman penjara tujuh tahun ke atas bekas penggubal undang-undang Parti Golkar, Bowo Sidik Pangarso atas peranan beliau dalam kes rasuah dan sogokan.

Pendakwa Raya KPK, Ikhsan Fernandi juga memohon mahkamah rasuah memerintahkan Bowo agar membayar denda Rp 300 juta atau menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan, lapor Jakarta Pos.

Bowo juga diperintah membayar baki wang sogokan dan suapan yang masih belum dikembalikan kepada KPK, sekitar Rp 52 juta.

Di samping itu, pendakwa juga memohon hak berpolitik Bowo digantung selama lima tahun dari tarikh menjalani hukuman penjara.

Pendakwa raya KPK berkata Bowo terbukti menerima rasuah AS$ 163.733 (Rp 2.3 juta) dan Rp 311 juta secara berperingkat daripada seorang pengurus perkhidmatan pengangkutan swasta, PT Humpuss Transportasi Kimia (HTK), yang menyediakan khidmat pengangkutan laut untuk PT Pupuk Indonesia Logistik, anak syarikat PIHC.

Pengurus, Asty Winasti, didakwa memberikan wang itu di bawah arahan pengarah HTK, Taufik Agustono, untuk membolehkan Bowo membantu firma persendirian memeterai perjanjian penghantaran kapal dengan PILOG.

Bekas anggota parlimen itu juga telah menerima Rp 300 juta daripada pembekal pengangkut laut swasta PT Ardila Insan Sejahtera (AIS), Lamidi Jimat untuk membantu mereka mendapatkan balik hutang dari pelayaran dan penyedia khidmat logistik PT Djakarta Lloyd dan untuk menyediakan bahan api kepada kapal Djakarta Lloy.

Selain itu, Bowo juga dituduh menerima wang haram berjumlah S$700,000 (Rp 7.1 juta) dan Rp 600 juta secara berperingkat, termasuk satu kes yang berkaitan dengan menteri perdagangan pada 2017, yang berkaitan dengan perniagaan gula halus.

Bowo, bekas ketua Dewan Perwakilan VI yang mengawasi perdagangan dan industri, dilaporkan memberitahu pegawai penyiasat rasuah bahwa ia telah menerima sekitar Rp 2 juta (AS$ 141,348) dalam dolar Singapura daripada bekas menteri perdagangan, Enggartiasto Lukita.

Dia ditangkap oleh KPK Mac lalu, di mana pegawai penyiasat rasuah juga merampas beribu-ribu sampul surat berisi wang dalam denominasi Rp 20,000 dan Rp 50,000.

KPK mengesyaki Bowo menggunakan rasuah untuk membiayai kempen pilihan raya legislatif 2019, kerana ia dilaporkan akan digunakan untuk membeli undi beberapa jam sebelum pemilihan dibuka pada hari pemilihan pada 17 April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.