Berfikir dengan lebih mendalam adalah perlu sebelum membuat keputusan.

Namun terdapat kajian yang menyatakan bahawa otak yang terlalu aktif boleh mengakibatkan jangka hayat lebih pendek.
Dalam kata lain, terlalu banyak berfikir boleh memendekkan usia seseorang itu.
Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Nature itu dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di Sekolah Perubatan Harvard dengan menganalisa tisu otak mayat.
Keputusan kajian tersebut sekaligus bercanggah dengan pendapat yang menyatakan jika seseorang itu kekal aktif dari segi mental hingga ke hari tua, otak akan kekal “muda”.
Dalam kajian tersebut perbandingan telah dibuat terhadap tisu otak mayat yang meninggal dunia pada usia 60-an dan 70-an, dengan mereka yang meninggal dunia pada usia melebihi 100 tahun.
Hasilnya mendapati, mereka yang meninggal dunia lebih awal mempunyai kadar protein yang dinamakan REST (RE-1 Silencing Transcription) lebih rendah berbanding tisu otak orang yang hidup melepasi umur 100 tahun.
REST memberi isyarat kepada otak untuk bertenang, iaitu dengan “mematikan” fungsi genetik yang menyebabkan otak berfungsi dengan aktif.
Kesimpulan daripada kajian yang dibuat itu adalah lebih aktif otak anda, lebih pendek umur.
Kajian yang sama dibuat terhadap cacing dan tikus sebagai uji kaji oleh pasukan Harvard.
Setelah menambah dan mengurangkan aktiviti otak haiwan ini, pengkaji menjumpai hasil yang sama, iaitu haiwan yang tidak mempunyai REST di dalam tisu otak mereka akan maut dengan lebih cepat.
“Perkara yang paling mengejutkan mengenai kajian ini adalah aktiviti otak ialah sesuatu yang anda anggap membuatkan anda kekal normal secara kognitifnya.
“Ramai orang ingat otak mereka perlu kekal aktif hingga ke hari tua,” kata neurosaintis Michael McConnell dalam Kajian Jurnal itu lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]