
Menurut akhbar The New York Times, Rasmiya Awad, 65, ditahan bersama keluarganya pada Isnin petang di kota Azaz di wilayah Aleppo, utara Syria.
Dengan penahanan itu, pihak berkuasa yakin beberapa maklumat penting akan diperolehi. Rasmiya didakwa turut mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas.
Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Baghdadi terbunuh di Syria dalam operasi khas tentera AS.
Beliau berkata, Baghdadi selama ini berada di bawah pengawasan Pentagon.
Kemudian, Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov dilaporkan berkata, Rusia tidak mempunyai maklumat sahih mengenai operasi tentera AS untuk “menghapuskan” Baghdadi.