
David Fairhurst, yang menyertai McDonald’s pada 2005 dan dinamakan sebagai ketua pegawai sumber manusia pada 2015, meninggalkan syarikat itu, kata jurucakap McDonald’s tetapi enggan mengulas lanjut.
Pada Ahad lalu, syarikat itu mengumumkan ketua pegawai eksekutif Steve Easterbrook telah meninggalkan syarikat itu selepas “hubungan dipersetujui” dengan pekerja, tindakan yang disifatkan melanggar dasar syarikat.
“Easterbrook telah meninggalkan syarikat itu berikutan keputusan lembaga bahawa dia telah melanggar dasar syarikat dan menunjukkan teladan buruk melibatkan hubungan dipersetujui bersama baru-baru ini dengan seorang pekerja,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Perjanjian pemberhetian Easterbrook termasuk bayaran pemisahan enam bulan, ditambah dengan opsyen saham semasa yang ditetapkan atau akan menjadi hak dalam tempoh tiga tahun.
Pilihan yang tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh tersebut akan dilucuthakkan, menurut notis difailkan di bursa AS.
Easterbrook bersetuju untuk melepaskan sebarang tuntutan terhadap syarikat itu dan tidak bekerja selama dua tahun dengan mana-mana pesaing, termasuk Burger King, Chick-fil-A, Starbucks dan Pizza Hut.
Pada 2018, gaji dasar Easterbrook ialah AS$1.3 juta (RM5.2 juta) dan jumlah pampasannya termasuk bonus dan opsyen saham ialah AS$15.9 juta (RM63.6 juta).
Saham McDonald’s jatuh 2.9% kepada AS$188.25 dalam dagangan tengah hari.