Iran haram kerjasama dengan British Council

Iran haram kerjasama dengan British Council

Britain merancang untuk melaksanakan satu projek untuk tujuan rangkaian kebudayaan dengan kerjasama British Council di Iran.

Iran mengeluarkan amaran keras dengan mengharamkan kerjasama dengan British Council.
DUBAI:
Kementerian Perisikan Iran mengumumkan bahawa sebarang kerjasama dengan British Council adalah dilarang sama sekali dan akan menyebabkan pendakwaan jika dilanggar, kata laman web kementerian itu, hari ini.

“Britain … merancang untuk melaksanakan satu projek untuk tujuan rangkaian kebudayaan dengan kerjasama British Council di Iran … apa-apa kerjasama dengan British Council adalah dilarang dan akan menyebabkan pendakwaan (jika tidak diparuhi),” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pada bulan Ogos, Mahkamah Agung Iran mengekalkan hukuman penjara 10 tahun kerana mengintip terhadap seorang wanita Iran, Aras Amiri, yang bekerja untuk British Council di London.

Dia ditahan tahun lepas semasa lawatan keluarga ke Iran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.