
Menteri Mohamad Sabu berkata pihaknya juga sudah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.
“Kita sekarang di peringkat akhir rundingan dengan peguam negara dan Kementerian Kewangan.
“Kita akan buat keputusan secepat mungkin untuk selesaikan isu ini. Yang penting kita mahu negara yang untung akhirnya,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Integriti 2019 dan Buku Polisi Antirasuah peringkat kementerian hari ini.
Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan mungkin perlu ke mahkamah berhubung isu urus janji helikopter tempur ringan MD530G oleh pentadbiran lepas itu.
Dua helikopter sepatutnya dihantar pada Jul 2017 dan empat lagi pada Dis 2018.