Berlin, Jerman sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan utama di rantau Eropah.

Selain pelancongan, ekonomi negara itu juga antara yang paling berkembang pesat.
Bagaimanapun Hamburg juga tidak kurang menariknya untuk dilawati kerana popularitinya sebagai bandar pelabuhan untuk kapal-kapal yang memasuki negara itu.
Bagi yang merancang untuk ke Hamburg, jangan lepaskan peluang anda untuk menginap di sebuah hotel yang pernah dijadikan bunker atau kubu pertahanan tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua suatu ketika dahulu.

Hotel itu bakal dibuka pada pertengahan 2021 merupakan bekas bunker yang akan melalui proses transformasi untuk menjadikannya sebuah hotel mewah.
Bunker yang dibina pada 1942 ini juga dikenali sebagai Flakturm IV Hochbunker bakal dilengkapi 136 bilik, selain bar, kafe dan restoran.
Mendapat sentuhan rekaan oleh NH Hotel Group yang berpangkalan di Sepanyol, bangunan lima tingkat itu akan diinspirasikan dalam bentuk piramid pada bahagian atasnya.
Bunker ini dibina pada tahun 1942 dalam masa hanya 300 hari oleh tawanan perang bagi melindungi rakyat daripada serangan udara.
Bunker itu direka untuk menampung 18,000 orang, tetapi semasa serangan udara pada musim panas sekitar 1943, dipercayai hampir 25,000 orang berlindung di sana.
Selepas perang tamat, wujud rancangan untuk merobohkan bangunan tersebut namun ia dibatalkan.
Flakturm IV Hochbunker kekal menjadi salah satu mercu tanda di bandar tersebut.
Ketika ini, ia menjadi tempat berlangsungnya persembahan muzik live, mempunyai beberapa kelab malam dan mempunyai ruang untuk artis dan pemuzik.
Sumber: Dailymail.co.uk
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]