Tunjuk perasaan peneroka rancangan pembangkang, kata Teresa Kok

Tunjuk perasaan peneroka rancangan pembangkang, kata Teresa Kok

Menteri tepis tunjuk perasaan oleh kira-kira 200 peneroka dan pekebun kecil di Parlimen pagi tadi.

Menteri Industri Utama Teresa Kok.
KUALA LUMPUR:
Menteri Industri Utama Teresa Kok menepis tunjuk perasaan peneroka Felda pagi tadi sebagai rancangan jahat oleh pembangkang.

“Mereka tahu pagi ini saya akan menggulung ucapannya saya di Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Beliau juga berkata harga minyak sawit meningkat dari kira-kira RM1,700 setiap tan metrik pada Dis 2008.

“Menurut harga di Bursa, setakat 31 Okt ia RM2,485 setiap tan metrik – kenaikan sebanyak RM700,” tambahnya.

Beliau tertanya kenapa peneroka menunjuk perasaan jika harga minyak sawit sudah naik.

Tunjuk perasaan pagi tadi dihadiri kira-kira 200 ahli NGO mewakili pekebun kecil dan peneroka yang menuduh kerajaan gagal melindungi kepentingan mereka.

Mereka meminta kementerian menetapkan harga lantai bagi getah dan sawit, dan menyeru kerajaan sediakan satu rancangan jangka masa pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pekebun terutama harga komoditi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.