Jalin hubungan dengan pekerja, McDonald’s pecat CEO

Jalin hubungan dengan pekerja, McDonald’s pecat CEO

Dasar McDonald's tidak membenarkan CEO mempunyai hubungan dengan sesiapa di dalam syarikat itu.

Steve Easterbrook mengetuai usaha pengembangan talian rantaian makanan segera McDonald’s. (Gambar AP)
NEW YORK:
McDonald’s Corp memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Steve Easterbrook kerana menjalin hubungan dengan pekerjanya, satu tindakan yang bertentangan dengan dasar syarikat, sekali gus kehilangan ahli strategi yang telah mendorong rangkaian restoran terbesar dunia ke dalam penghantaran dan pesanan dalam talian.

Lembaga syarikat memutuskan Jumaat lalu untuk menamatkan perkhidmatan Easterbrook, 52, setelah menyiasat hubungan itu, menurut satu laporan semalam.

Dasar McDonald’s tidak membenarkan CEO mempunyai hubungan dengan sesiapa di dalam syarikat itu.

Syarikat itu mempromosikan Chris Kempczinski sebagai presiden dan CEO.

Menurut Wall Street Journal, Easterbrook menghantar e-mel kepada pekerjanya.

“Ini satu kesilapan,” kata Easterbrook dalam e-mel, menurut akhbar itu.

“Mengambil kira nilai syarikat, saya bersetuju dengan lembaga bahawa sudah tiba masa untuk saya bergerak.”

Dengan pemecatan Easterbrook, rantaian burger kehilangan seorang arkitek utama yang membawa syarikat itu ke dalam arena tempahan dan penghantaran elektronik – bahagian perniagaan di mana ia terancam ketinggalan kepada pesaing seperti Burger King.

Dalam usaha menekankan urgensi, beliau mengikat pampasan eksekutif dengan kecepatan dan keluasan penghantaran, dan bekerja dengan vendor termasuk UberEats.

Sebahagian besar strategi beliau telah membuahkan hasil – hanya segelintir syarikat lain dalam Standard & Poor 500 telah mengalahkan McDonald’s sejak beliau mengambil alih pada 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.