Gara-gara obses, wanita ditanam dalam keranda jenama teh kegemaran!

Gara-gara obses, wanita ditanam dalam keranda jenama teh kegemaran!

Setiap orang mempunyai cara obses yang berlainan dalam setiap perkara sehinggakan ada yang ingin ditanam bersama minat mereka.

Jika pergi ke mana-mana majlis keraian, kita pasti akan dihidangkan dengan minuman pilihan sama ada teh atau kopi.

Ia telah menjadi amalan atau trend di mana-mana tempat dimana minuman tersebut akan dihidangkan mengikut permintaan anda.

Sehinggakan ada yang obses pada minuman tersebut, contohnya ia “wajib” dihidangkan pada setiap permulaan hari anda sebelum memulakan sebarang tugas.

Ini kerana minuman teh mempunyai kelebihan tersendiri iaitu mengelakkan daripada serangan jantung serta bagus untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Seorang wanita, Tina Watson turut mempunyai minat yang sama dan obses kerana dia akan minum teh sebanyak 40 kali sehari sehinggalah dia meninggal dunia.

Malah dia turut ingin dikebumikan dalam keranda dengan jenama teh kegemarannya itu.

Kejadian tersebut berlaku di Leicester, England dan dia telah memesan kepada ahli keluarganya cara untuk menanamnya.

Menurut anak perempuannya, Debs Donovan, ibunya pernah memberitahu ingin mayatnya dikebumikan dalam keranda jenama Typhoo.

“Ketika kami berbual selepas kematian bapa tiri empat tahun lalu, dia memberitahu ingin diletakkan dalam keranda yang menyerupai kotak gergasi uncang teh dan dia serius dengan pilihannya itu,” katanya.

Hasrat terakhir Watson direalisasikan oleh pengarah pengebumian, Paul Pender yang menyifatkannya sebagai satu permintaan luar biasa pernah diterimanya.

Watson pernah didiagnosis barah dua kali dan kedua kakinya telah dibuang selepas digigit serangga di Sepanyol 14 tahun lalu.

“Ibu tidak pernah membiarkan apa-apa pun melemahkan semangatnya. Dia sering melihat sesuatu perkara itu daripada sudut positif walaupun sangat pahit,” kata Donovan.

Sumber : Mirror.co.uk

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.