Setiap orang mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk menjadi popular.

Jika dulu dunia glamor ini hanya untuk selebriti, namun kini ia lebih meluas kepada Instafamous dan YouTuber yang mempunyai pengaruh tersendiri.
Sehinggakan terdapat beberapa selebriti yang terpaksa memikirkan cara untuk menaikkan nama mereka kembali yang kian tenggelam.

Menggunakan karakter kartun, seorang lagi tampil dengan jelmaan “barbie”.
Dengan menggunakan gelaran “Mek Klate”, pengguna Instagram Shafieqa Mohd Asri menjadikan Instagram sebagai tempat untuk melawan segala kelemahannya yang sebelum ini seorang yang pemalu.

Berumur 26 tahun dan merupakan seorang peniaga, Shafieqa menceburi bidang ini sejak tahun lalu.
“Saya cuba beranikan diri untuk membuat solekan yang pelik-pelik. Walaupun tidak pernah masuk mana-mana kelas solekan dan tak pernah belajar dengan sesiapa pun, saya tetap mencubanya, apa yang saya terlintas di fikiran terus saya buat.

Namun kepelikan itu mendapat perhatian netizen kerana Shafieqa banyak meniru beberapa karakter kartun popular.
Antaranya, Vampire, The Mummy Ahmanet, Naagin, Red Indian, Anime, FairyTales, Futuristic dan Harley Quiin & Joker.
Malah, karakter yang cuba ditonjolkan itu “menjadi”!
Ia menerusi perkongsian di Instagram peribadinya @fykaaschaa, sering memaparkan keadaan dirinya dalam keadaan ala patung boneka itu dengan memakai rambut palsu aneka warna dan hiasan mata yang berani.
Wanita berdarah Arab Kelantan itu mengakui tertarik dengan dandanan yang disuai padan dengan “cosplay” atau “costume play”, untuk meniru sesuatu watak.
“Setakat ini anggaran kos membeli barangan dan peralatan solekan lebih kurang RM30,000 dan ianya termasuk koleksi rambut palsu lebih 30 jenis, maskot, pakaian cosplay dan aksesori,” katanya.
Dalam masa yang sama, Shafieqa kini dalam usaha untuk membuka sebuah studio bagi tujuan barang-barang sewaan seperti baju untuk majlis, maskot serta membuka kelas solekan kepada orang ramai.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]