
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor secara rasmi mengumumkan hari ini, Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani, dalam kenyataan berkata perisytiharan cuti itu adalah sebagai tanda meraikan serta penghargaan, komitmen dan sokongan padu penyokong skuad Harimau Selatan dalam mengharumkan nama negeri itu.
“Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya.
JDT merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2019 setelah menewaskan Kedah 3-0 pada final.