
Jerman dan Perancis telah pun mengharamkan penerbangan syarikat itu, dan Menteri Luar Itali, Luigi Di Maio memberitahu Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo pada awal Okt, Rom telah menetapkan untuk membuat keputusan untuk mengikut langkah yang sama.
Pihak berkuasa udara Itali, ENAC dalam satu kenyataan berkata pengharaman penerbangan Mahan ke Rom dan Milan akan berkuat kuasa mulai pertengahan bulan depan.
Persatuan Penerbangan Iran (AIA) mengesahkan berita mengenai larangan itu.
“Seiring dengan tekanan mereka ke atas negara kita, Amerika telah menekan Itali untuk menghentikan penerbangan Mahan Air ke Rom dan Milan,” kata Maqsoud Asadi Samani, setiausaha AIA, yang dipetik agensi berita separa rasmi Mehr.
Para pegawai Mahan Air tidak dapat dihubungi untuk komen.
Jerman membatalkan lesen syarikat penerbangan itu Jan lalu berikutan tekanan AS manakala Perancis mengharamkannya pada Mac, menuduh ia mengangkut peralatan dan anggota tentera ke Syria dan zon perang Timur Tengah yang lain.
AS mengenakan sekatan terhadap Mahan pada 2011, dengan mengatakan ia memberi sokongan kewangan dan lain kepada Pengawal Revolusi Iran.
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Tehran, yang ditubuhkan pada 1992 sebagai syarikat penerbangan swasta pertama Iran, mempunyai pesawat dan laluan pesawat terbesar ke sejumlah negara Eropah dan Asia.