
Foto kad tersebut, yang didakwa dikeluarkan oleh sebuah firma pengurusan di sini, tersebar di media sosial di Sabah beberapa hari lepas.
“Jika benar kad itu wujud, maka pihak berkuasa mesti mengesahkan sama ada ia dibenarkan mengikut undang-undang, selain menjelaskan kenapakah kewarganegaraannya disebut ‘Sabah’,” kata ketua Pemuda Upko Sepanggar Fardy Bungga hari ini selepas membuat laporan polis di Inanam di sini.
Beliau menyuarakan kebimbangan kad berkenaan disalah anggap sebagai dokumen kerakyatan.

Katanya, pihak berkuasa juga perlu menjelaskan sama ada kad itu juga merupakan “kad sementara Sabah” yang mahu dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan bagi menyeragamkan pendaftaran pendatang tanpa izin di negeri ini tahun depan.