
Karmaine yang juga ketua PPBM Tanjung Piai berkata tidak ada masalah berdepan lawannya untuk membantu PH mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU14.
“Saya calon tempatan, itu kelebihan saya dan saya tiada masalah untuk hadapi lawan saya yang lain (BN dan Gerakan),” katanya selepas keputusan proses penamaan calon diumumkan.
Proses penamaan calon dimulakan tepat jam 9 pagi tadi menyaksikan enam calon termasuk Karmaine menyerahkan borang pencalonan masing-masing sebelum ditutup sejam kemudian.
Karmaine berkata beliau bertanggungjawab besar untuk menyahut cabaran dan mendekati rakyat dan mendengar permasalahan mereka selain sokongan padu.
“Saya berharap dengan jentera, pasukan PH serta sokongan pengundi supaya mendapat undi banyak dan kekalkan kerusi berkenaan jadi milik PH,” katanya.
PRK Parlimen Tanjung Piai kali ini menyaksikan BN meletakkan bekas penyandangnya yang juga anak tempatan Tanjung Piai, Wee Jack Seng dari MCA yang pernah berkhidmat selama dua penggal dari 2008 hingga 2018.
Gerakan pula mencabar BN dan PH dengan menurunkan calon wanita, Wendy Subramaniam.