9 pelajar Afghan terbunuh dalam letupan periuk api

9 pelajar Afghan terbunuh dalam letupan periuk api

Periuk api meletup di wilayah timur laut Takhar, kawasan berada di bawah kawalan Taliban, yang menanam periuk api menyasarkan tentera AS.

KABUL: Sembilan pelajar Afghan terbunuh hari ini apabila periuk api meletup ketika mereka berjalan ke sekolah, kata polis, mangsa terbaharu dalam jumlah korban melibatkan orang awam yang semakin meningkat.

Kejadian itu berlaku di wilayah timur laut Takhar.

Sabtu adalah hari persekolahan di Afghanistan.

“Kawasan ini berada di bawah kawalan Taliban dan sejak pasukan keselamatan melancarkan serangan untuk membersihkan mereka. Taliban menanam periuk api antianggota tentera,” kata jurucakap polis wilayah, Khalil Asir kepada Reuters.

“Malangnya, hari ini, salah satu daripada periuk api itu meletup dan membunuh sembilan pelajar sekolah rendah,” katanya.

Kanak-kanak, berusia sembilan hingga 12 tahun, termasuk empat daripada apa yang disebut Khalil sebagai “keluarga Taliban”.

Jurucakap Taliban, yang berjuang untuk mengusir tentera asing dan menewaskan kerajaan disokong Amerika Syarikat (AS), tidak dapat dihubungi untuk reaksi segera.

Korban melibatkan orang awam telah meningkat dengan ketara tahun ini, meskipun ada usaha di pihak pemberontak Taliban dan AS untuk mencapai kesepakatan damai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.