
Bersama warga Arab Saudi lain yang berpakaian tradisional dan lelaki asing memakai suit dan bertali leher, wanita daripada latar belakang perniagaan dan pembuat dasar mengunjungi Arab Saudi ketika pemimpin mudanya memperkenalkan beberapa pembaharuan yang menarik.
“Pada tahun ini, saya dapati ramai wanita tidak memakai abaya,” kata Claire Zheng, yang mewakili syarikat China yang mengkhususkan teknologi “tenaga hijau”.
“Mereka seperti saya – seperti hari ini saya memakai abaya terbuka, seperti ini,” katanya kepada AFP sambil memperagakan jubah tunik ungu yang dihiasi mutiara kecil bercahaya.
Katanya, beliau berasa lebih selesa mengunjungi Riyadh pada masa “abaya tidak lagi diwajibkan”, tidak seperti edisi Inisiatif Pelaburan Masa Depan tahunan sebelum ini.
“Sebelum ini, jika ada pelayan melihat anda memakai abaya seperti ini yang berwarna dan tidak tertutup, mereka mengingatkan anda dengan baik agar anda memakainya dengan betul di khalayak umum. Tetapi sekarang tidak lagi.”
Di bawah kepimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi memulakan siri perubahan penting – membolehkan wanita memandu kereta, menerima pelancong dan membenarkan konsert dan acara sukan.
Penetapan wanita asing yang melancong ke negara itu tidak perlu memakai abaya dibuat bulan lalu sebagai sebahagian pelancaran visa pelancongan.
Namun, kelonggaran kod etika pakaian tersebut tidak dikenakan kepada warganegara wanita Saudi.
Isu penghormatan
Sistem “penjagaan” yang kontroversi yang memastikan wanita Saudi berada di bawah pengawasan muhrim lelaki masih dikekalkan.
Pengkritik yang mendorong untuk pembaharuan segera berakhir di penjara, di mana berpuluh wanita ditahan beberapa minggu sebelum kerajaan memansuhkan larangan pemandu wanita tahun lalu.
Para aktivis ini mendakwa penyiasat mengenakan kejutan elektrik, menyebat dan meraba mereka.
Namun, Zahara Malik, ketua pegawai eksekutif syarikat pelaburan baru British, mengalu-alukan perubahan yang dibuat setakat ini dan mengatakan wanita sudah menjadi “kuasa yang sangat kuat” di rantau ini.
“Saya melihat wanita yang masih memakai abaya, dan yang lain tidak, anda hanya perlu hormat di mana anda berada,” kata Malik yang memakai abaya moden kelabu.
“Anda tidak perlu ditekan oleh apa-apa. Jika anda merasa mahu pakai niqab, pakai niqab, tetapi jika anda juga merasa tidak mahu memakainya … itu juga memberikan lebih kuasa kepada anda.”
Wanita asing lain pada persidangan itu, yang diadakan di Ritz-Carlton juga bersetuju dengan perubahan yang berlaku dalam kerajaan itu.
“Anda boleh merasakannya, anda boleh lihatnya di mana-mana,” kata Jocelyn Cortez-Young, ketua pegawai eksekutif Amerika syarikat.
“Ini gerakan yang sangat besar dan saya fikir ia hanya permulaan semua gerakan yang perlu dilakukan.”
Laurence Daziano, pakar ekonomi Perancis yang memakai seluar hitam dan kemeja putih, berkata dia memutuskan untuk datang ke Arab Saudi “pada hari yang saya boleh datang dengan berpakaian Barat”.
“Saya benar-benar bergaya Barat dan saya sama sekali tidak mempunyai masalah,” katanya.