Gara-gara fesyen macam kain selimut, Neymar ‘dibahan’ rakan

Gara-gara fesyen macam kain selimut, Neymar ‘dibahan’ rakan

Posting terbaru Neymar di Instagram menjadi bahan jenaka pemain Argentina apabila menyamakannya dengan kain selimut.

Neymar yang sangat dikenali sebagai seorang pemain bola juga terkenal dengan citarasa fesyennya yang berbeza dengan orang lain.

Dan fesyen terbaru yang digayakan pemain Paris Saint-German itu menjadi bahan jenaka oleh pemain Argentina, Mauro Icardi.

Ini kerana jaket yang digayakan Neymar disifatkan Icardi sama seperti kain selimut.

“Adakah kamu bawa kain selimut dari rumah?” soal Icardi di laman sosial peribadinya, Instagram.

Neymar kemudian dalam respon balasnya memberitahu pemilihan pakaian itu dibuat kerana cuaca yang sejuk.

Dalam pada itu, foto berkenaan yang dimuat naik di Instagram Neymar sehingga kini menerima lebih 2.2 juta tanda suka.

Sumber: Daily Mail

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.