Tiada lagi masakan dalam kuantiti banyak selepas kematian ‘Grandpa Kitchen’

Tiada lagi masakan dalam kuantiti banyak selepas kematian ‘Grandpa Kitchen’

YouTuber ‘Grandpa Kitchen’ dilaporkan meninggal dunia dan tiada lagi masakan dalam kuantiti banyak untuk diberikan kepada anak yatim di India.

Jika anda seorang yang meminati dunia masakan tapi dengan cara yang unik dan pelik pasti anda kenal dengan “Grandpa Kitchen”.

Ia merupakan YouTube channel yang boleh dikatakan terkenal hampir di seluruh dunia.

Bagi anda yang tidak tahu, “Grandpa Kitchen” menonjolkan warga emas yang memasak hidangan dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada anak-anak yatim yang memerlukan.

Dan setiap sajiannya akan memastikan semua bahan itu bersih dan tidak tercemar.

Disebabkan usaha beliau itu, YouTube channel milikinya terkenal dan menjadi pilihan tontonan ramai.

Akan tetapi, satu berita yang mengejutkan ramai orang apabila warga emas tersebut iaitu Narayana Reddy dilaporkan telah meninggal dunia.

Pastinya ramai orang berasa kehilangan dan tidak lagi dapat melihat teletah beliau memasak.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dan mengatakan bahawa setiap video yang pernah dihasilkan beliau sangat menyentuh perasaan.

Malah, segala pesanan yang sering beliau ungkapkan akan sentiasa diingati.

Sumber: News18.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.