
Siapa sangka Marvel sebelum ini menawarkan watak yang hebat seperti Iron Man dan Captain America, kali ini menampilkan seorang hero yang berasal dari Malaysia!
Pelik untuk didengari tetapi inilah cerita sebenar.
Hero ini dikenali sebagai Sun Bird, merupakan sebahagian daripada pasukan “Warriors of the Sky”.
Ia direka khas untuk permainan mobil popularnya, Marvel Future Fight.
Pasukan ini terdiri daripada empat orang adiwira yang memiliki kuasa dan penceritaan yang unik untuk pemain terokai.
Antara ahli pasukan lain termasuklah War Tiger dari Thailand, Blue Dragon dari Vietnam dan Shadow Shell dari Taiwan.
Ia dipertontonkan kepada peminat buat pertama kalinya dalam acara di “Thailand Game Show” 25 Oktober baru-baru ini.

“Menggabungkan kuasa hebat, visual mantap dan latar belakang yang sukar untuk dilupakan, Warriors of the Sky menyertai Avengers, X-Men dan Guardians of the Galaxy sebagai pasukan terbesar Marvel,” kata timbalan presiden kreatif untuk Marvel Games, Bill Rosemann.
Dalam sudut penceritaannya, Sun Bird menyerang musuh sebagai penjaga bagi rantau Selatan, serta menawarkan sokongan pemulihan bagi ahli pasukannya yang lain.
Dengan ketangkasan hebat, lanun daripada abad ke-17 ini dilahirkan semula dengan kuasa keris kembarnya.
Dia nekad untuk mempertarungkan nyawa baharunya demi kesejahteraan dunia, sebanyak mana yang dia mampu.
Dalam kisah asal pasukan ini juga, Marvel berkata empat pahlawan lagenda ini melindungi Temple of the Crescent Moon daripada ancaman musuh di Asia pada zaman dahulu kala.
Kini, memandangkan kuasa jahat bangkit semula, Warriors of the Sky dipanggil untuk bersatu dan sama-sama melindungi Bumi di bawah satu langit.
Jadi anda perlu berbangga kerana seorang adiwira dalam Marvel adalah berasal dari negara kita!
Sumber: Marvel Studio
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]