Tip liputan penggunaan internet dengan lebih baik

Tip liputan penggunaan internet dengan lebih baik

Router perlu diletakkan di tempat terbuka tanpa sebarang halangan atau berdekatan microwave atau akuarium yang boleh menyebabkan ia terputus liputan dan kelajuannya.

Menjelang tahun 2020 tidak dinafikan kebanyakan rangkaian internet di Malaysia berlumba-lumba menawarkan kelajuan internet yang terbaik dan sudah pasti dapat memuaskan kehendak pengguna.

Namun tidak dinafikan masih terdapat rungutan daripada pihak pengguna apabila internet yang dilanggan tidak mendapat akses setanding dengan kelajuan yang dijanjikan dalam pakej yang dilanggan.

Ada yang mengeluh terpaksa berada berdekatan dengan modem untuk mendapatkan kelajuan internet yang baik.

Malah ada yang merungut tidak boleh berada di kawasan lain di dalam rumah atau jauh sikit daripada modem kerana ia akan mengakibatkan liputan internet mereka terputus atau menerima internet pada kadar yang perlahan.

Sehubungan itu, disini ada beberapa tip bagi memastikan anda mendapat akses Wi-Fi yang terbaik sepanjang menggunakan sambungan Unifi di rumah.

1. Pastikan router anda berada dalam kawasan terbuka

Bagi mendapatkan akses Wi-Fi yang lebih baik anda dinasihatkan untuk meletakkan router di kawasan terbuka tanpa dihalang oleh dinding yang bakal membuatkan signal Wi-Fi menjadi lemah.

Anda juga dinasihatkan untuk berada lebih dekat dengan router untuk mendapatkan akses Wi-Fi yang lebih kuat.

2. Gunakan router yang tepat

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan router dual band yang tersedia melalui sambungan unifi yang mengandungi sambungan 2.4Ghz dan 5.0Ghz.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua band ini mempunyai kelebihan yang berbeza dimana sambungan 2.4Ghz digunakan untuk kegunaan melayari media sosial serta boleh diakses dalam jarak yang jauh.

Sambungan 5.0Ghz pula sesuai digunakan pada jarak yang dekat dengan router bagi menawarkan kelajuan yang lebih tinggi contohnya seperti gaming, streaming siaran langsung bola sepak dan beberapa portal untuk filem seperti Netflix.

3. Elak meletakkan Wi-Fi dan router anda berhampiran akuarium atau microwave

Bagi mengelakkan daripada sebarang gangguan Wi-Fi, pastikan anda meletakkan router anda berjauhan daripada microwave, akuarium, cermin atau sebarang barangan yang berkilat yang boleh memberi kesan kepada sambungan Wi-Fi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.