
Bantahan jalanan terhadap tindakan pusat tercetus dari semasa ke semasa, sementara militan telah membunuh kira-kira sedozen orang dari luar negeri itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menarik balik status autonomi Kashmir pada Ogos lalu, tetapi di samping itu juga mengumumkan pembahagian negeri itu menjadi dua wilayah yang akan diperintah secara langsung dari New Delhi – yang terdiri daripada Jammu dan Kashmir dan satu lagi kawasan Buddha Ladakh.
Pada masa yang sama, ia menempatkan beribu-ribu tentera di lembah Kashmir yang majoriti Muslim, di mana pemisah telah berperang menentang pemerintahan India selama beberapa dekad.
Kerajaan juga mengenakan sekatan tegas terhadap perjalanan dan memotong talian telefon dan internet.
Beberapa tindakan itu telah dilonggarkan tetapi langkah keselamatan masih dikenakan di sebahagian besar tempat dan sambungan internet jalur lebar dan mudah alih tetap tidak tersedia untuk kebanyakan penduduk Kashmir.
Sekolah dan kolej masih kosong dan kebanyakan kedai, restoran dan hotel ditutup.
Ratusan orang, termasuk pemimpin politik dan pemisah politik yang memperjuangkan pemisahan Kashmir dari India, kekal dalam tahanan kerana dibimbangi mereka akan mencetuskan protes besar seperti masa lalu.
Wajahat Habibullah, bekas birokrat yang berkhidmat di Kashmir dan mengembara ke bandar utama di rantau ini bulan lalu, kata penduduk Kashmir merasa terhina apabila kehilangan status mereka.
“Apa pun sikap kerajaan (persekutuan) pada masa lalu, mereka sekurang-kurangnya merasakan mereka mempunyai sesuatu bagi mereka sendiri. Tetapi sekarang, ada perasaan kehilangan kebebasan itu,” katanya.
Semalam, suspek militan yang menentang pemerintahan India di Kashmir menembak mati lima pekerja pembinaan yang datang bekerja dari India timur.
Pegawai berkata pembunuhan itu dilijat sebagai sebahagian daripada kempen untuk menghalang orang luar daripada bekerja di Kashmir.
Orang ramai juga telah berkumpul minggu ini di jalan-jalan di Srinagar, bandar terbesar di Kashmir, dan di tempat lain, melemparkan batu ke arah pasukan keselamatan sebagai tanda protes terhadap serangan yang berterusan.