Raja Thai pecat 4 lagi kakitangan istana, kali ini kerana zina

Raja Thai pecat 4 lagi kakitangan istana, kali ini kerana zina

Raja Thai Raja Maha Vajiralongkorn, 67, mengarahkan pemecatan dua pengawal lelaki dari bahagian kamar tidur, umum The Royal Gazette lewat semalam.

Raja Maha Vajiralongkorn mengambil tindakan memecat kakitangan dan gundik atas kesalahan tidak setia sejak minggu lalu. (Gambar Reuters)
BANGKOK:
Raja Thailand memecat empat pengawal diraja, dua dari mereka kerana “berzina”, dalam gelombang baru pemecatan oleh pihak istana seminggu selepas permaisuri diraja dilucutkan semua gelaran atas kesalahan “tidak setia”.

Raja Thai Raja Maha Vajiralongkorn, 67, mengarahkan pemecatan dua pengawal lelaki dari bahagian kamar tidur, umum The Royal Gazette lewat semalam.

“Mereka telah melakukan tindakan yang tidak wajar dan berzina,” kata kenyataan itu.

Dua pegawai lain gagal memenuhi piawaian jawatan pengawal diraja dan dibuang tanpa pampasan, kata warta tersebut.

Tindakan itu memberi gambaran yang jarang berlaku dalam istana berpengaruh itu, salah satu kerabat diraja terkaya di dunia.

Pergerakan terbaru itu berlaku selepas gundik rasmi raja berusia 34 tahun, Sineenat Wongvajirapakdi dilucutkan hak semua gelaran diraja tiga bulan selepas dilantik ke peranan itu, pertama kali dalam hampir satu abad.

Dia dituduh tidak setia dan “bertindak bertentangan” dengan pelantikan Queen Suthida.

Vajiralongkorn berkahwin dengan Suthida, isteri keempatnya, awal tahun ini.

Sineenat tidak dilihat di khalayak ramai sejak dia dipecat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.