
Menteri Zuraida Kamaruddin sudah terima laporan terkini berhubung status pembinaannya, dan berkata projek itu akan diberi keutamaan.
“Kerja sudah siap 60 peratus, tinggal sikit lagi. Kemudian, pembelinya pula sudah ada 600 pembeli daripada 800 rumah,” katanya di Parlimen hari ini.
Zuraida berkata pemaju sekarang tidak mampu meneruskan projek itu kerana masalah dengan kontraktor utama.
“Kita tengah kenal pasti kontraktor penyelamat,” tambahnya.
FMT pada April melaporkan kekecewaan lebih 600 pembeli projek PR1MA di Rantau. Rata-rata pembeli ketika ditemui bimbang kerana projek itu yang sepatutnya siap awal Januari lalu tertangguh dan kini menjadi “projek sakit”.
Zuraida maklum dengan situasi dan masalah pembeli terbabit, yang sudah harus membayar pinjaman mereka untuk rumah-rumah berkenaan.
“Kita akan bincangkan bagaimana hendak bantu. Saya sendiri ada berhubung dengan segelintir pembeli rumah itu, mereka berurusan secara langsung dengan saya,” katanya.